Monday 13 February 2012

Sejarah ringkas animasi Malaysia


Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).
Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).

1 comment:

  1. Apakah ini blog kerana assignment. Mati terus dah?
    Anyway, sejarah animasi malaysia sudah dibukukan.
    Cari di blog saya.

    ReplyDelete

my camera

my camera

ikan alu-alu

ni ikan tenggiri :)

ni ikan tenggiri :)

aku bersama ikan alu-alu (baraccuda)

aku bersama ikan alu-alu (baraccuda)

ni team aku paling minat kt dunia ni n ni la kenangn terindah.. you'll never walk alone!!!